Pemandu maut, Hilux terbabas langgar tiang elektrik

No Image Caption
A
A
A

ROMPIN - Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandunya terbabas melanggar tiang elektrik di Jalan Muadzam Shah-Rompin-Kampung Kedaik di sini pada Jumaat.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa berusia 72 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang wanita cedera dan dua lagi selamat.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 1.41 petang.

"Seramai dua pegawai dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah bersama sebuah jentera dikerahkan ke tempat kejadian.

"Terdapat seorang lelaki dewasa disahkan meninggal dunia.

"Seorang lagi wanita dewasa cedera di bahagian kaki dan dihantar ke hospital manakala dua lagi penumpang selamat," kata beliau dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya, pasukan bomba membuat operasi mengeluarkan mangsa ssebelum diserahkan kepada pihak polis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!