Rahul Gandhi telah hilang kelayakan Parlimen

Rahul Gandhi. - AFP
Rahul Gandhi. - AFP
A
A
A

NEW DELHI - Ketua pembangkang terkemuka India, Rahul Gandhi telah hilang kelayakan daripada Parlimen atas sabitan memfitnah, satu notis daripada badan perundangan yang dikeluarkan pada Jumaat.

"Rahul Gandhi...hilang kelayakan daripada ahli Lok Sabda dari tarikh sabitannya," kata notis tersebut.

Keputusan oleh Lok Sabha, Dewan Rendah Badan Perundangan India dibuat sehari selepas Gandhi didapati bersalah memfitnah menerusi kenyataan kempen pilihan raya 2019 yang menyatakan Perdana Menteri Narendra Modi adalah seorang penjenayah.

Kerajaan di bawah pimpinan Modi didakwa menggunakan undang-undang untuk menutup mulut pengkritiknya.

Gandhi, ketua parti Kongres dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan beliau kemudian dibenarkan diikat jamin selepas peguamnnya mengumumlan hasrat untuk melakukan rayuan.

Jurucakap parti Kongres, Kongres Akhilesh Pratap Singh mengesahkan kepada AFP bahawa pihaknya telah menerima notis tersebut. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!