82 cedera gempa bumi 5.6 skala Richter landa Iran

Gempa bumi 5.6 pada skala Richter melanda wilayah barat laut Iran pada Jumaat mengakibatkan 82 orang cedera. - Foto Agensi
Gempa bumi 5.6 pada skala Richter melanda wilayah barat laut Iran pada Jumaat mengakibatkan 82 orang cedera. - Foto Agensi
A
A
A

ANKARA - Sekurang-kurangnya 82 orang cedera akibat gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda wilayah barat laut Iran pada Jumaat, menurut pihak berkuasa tempatan.

Ketua pengarah pengurusan krisis di wilayah Azerbaijan Barat, Amir Abbas Jafari dalam satu kenyataan berkata, beberapa bangunan di bandar Khoy dan Salmas rosak.

Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa gempa bumi itu direkodkan pada kedalaman tujuh kilometer (kira-kira lima batu) dan turut dirasai di wilayah Van dan Hakkari, timur Turkiye. - Bernama- Anadolu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!