'Masuk PH bukan laluan mudah, sila isytihar harta'
A
A
A
Fahmi yang juga Ketua Komunikasi Strategik PKR sebaliknya berkata, sebelum menyertai PH kesemua mereka wajib mengisytihar harta masing-masing.
Beliau berkata, pendirian PKR sebelum ini jelas bahawa tindakan menyertai parti komponen PH tidak akan menghentikan tindakan ke atas mereka.
"Mereka yang terpalit dengan skandal, jangan harap dengan masuk ke PH akan hentikan tindakan mahkamah atau sebarang pendakwaan terhadap mereka.
Jangan anggap PH sebagai laluan mudah mereka untuk keluar daripada sebarang kebobrokan dan keterlanjuran semasa pentadbiran lalu,"katanya.
Pada masa yang sama beliau berharap dalam kepada pemimpin dan ahli Umno yang masih setia dengan parti supaya memainkan peranan sebagai pembangkang yang mapan.
"Senario politik hari ini kita perlukan pembangkang yg mapan, yang mampu bertahan melawan sebab kalau pembangkang itu hancur sehancurnya ia akan menimbulkan masalah kepada urus tadbir dan semak imbang malah rakyat tidak ada tempat untuk mengadu," katanya.
Fahmi berkata, belau sebagai seorang demokrat dan reformis memang boleh terima keputusan yang dibuat namun demi masa depan demokrasi di Malaysia, demi masa depan sistem dua parti dalam parlimen, beliau berharap mereka yang tinggal akan terus berusaha membangunkan parti.
"Ini melibatkan masa depan amalan demokrasi di negara kita. Kalah sekali tidak bermakna kalah selamanya. Politik demokrasi adakala naik adakala turun.
Yang penting kita terus amalkan budaya politik yang bersih, elak rasuah, dan usaha yg terbaik untuk rakyat,"katanya.
Tambahnya, beliau sebagai reformis dan demokrat mengalu-alukan penyertaan mereka dalam PH sekiranya mereka ingin tebus dosa akibat keterlanjuran dan kebobrokan lalu.
"Tapi jangan harapkan belas ehsan rakyat. Rakyat akan marah. Mereka yang masuk PH perlu bantu menebus dosa. Sama-sama kita bina semula Malaysia,"katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!