Bakar rumah, berang diikat rakan akibat meracau

Kejadian kebakaran melibatkan sebuah unit pangsapuri di Bandar Kinrara, Serdang pada Jumaat. Gambar kecil: Suspek warga Indonesia dipercayai ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Kejadian kebakaran melibatkan sebuah unit pangsapuri di Bandar Kinrara, Serdang pada Jumaat. Gambar kecil: Suspek warga Indonesia dipercayai ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.
A
A
A

SERDANG - Berang diikat rakan serumah akibat meracau gara-gara di bawah pengaruh dadah, seorang lelaki warga Indonesia bertindak membakar rumah yang disewa bersama rakannya dalam kejadian di Pangsapuri Kinrara, Taman Kinrara di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira jam 6.51 petang.

"Siasatan dijalankan mendapati suspek berumur 34 tahun sebelum itu telah diikat dan dikurung oleh rakan serumahnya sebelum berjaya melepaskan diri.

"Suspek kemudian bertindak membakar rumah tersebut disebabkan terlalu marah," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, suspek dipercayai mengambil dadah jenis syabu yang menyebabkan khayal serta meracau.

Katanya, siasatan turut mendapati, selain suspek terdapat dua lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak tinggal di rumah tersebut.

"Difahamkan kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada penghuni lain," katanya.

Ujar Anbalagan, kes disiasat bawah Seksyen 435/307 Kanun Keseksaan.

"Polis masih menjalankan siasatan mengesan mangsa yang terlibat secara keseluruhan dalam kes ini.

"Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke masa," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!