Lapan pendaki terkandas di Gunung Liang selamat
TANJUNG MALIM - Kecekapan anggota bomba berjaya menyelamatkan lapan pendaki daripada terkandas di Gunung Liang pada Sabtu.
Kesemua mangsa dilaporkan tidak dapat turun ke kaki bukit atas faktor cuaca.
Panggilan kecemasan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim pda jam 5.35 petang.
Ketua Operasi, Mohd Zairul Fahmi Mohd Nazari berkata, hujan kebat berterusan menyebabkan laluan turun yang merintangi sungai telah dinaiki air.
"Mangsa berjaya di bawa turun pada jam 9.35 malam dan berada dalam keadaan selamat," katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita pada Sabtu.
Beliau berkata, operasi menyelamat turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela Slim Village.
"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 10 malam," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!