Dugaan Ramadan, 60 penduduk dipindahkan akibat banjir

Hujan lebat berterusan pada sebelah petang mengakibatkan banjir di Kampung Sungai Relong dan Kampung Baru Batu 5 pada Sabtu. - Foto APM Perak
Hujan lebat berterusan pada sebelah petang mengakibatkan banjir di Kampung Sungai Relong dan Kampung Baru Batu 5 pada Sabtu. - Foto APM Perak
A
A
A

TAIPING - Dugaan awal Ramadan buat 14 keluarga di Kampung Sungai Relong dan Kampung Baru Batu 5 dekat Kamunting di sini apabila kediaman mereka dinaiki air dalam kejadian banjir pada Sabtu.

Kejadian sekitar jam 8.30 malam itu mengakibatkan 60 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Sungai Relong.

Banjir dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan pada sebelah petang menyebabkan paras air mencecah hampir satu meter.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak memaklumkan, setakat jam 9 malam, hanya satu PPS yang dibuka.

Operasi pemindahan mangsa banjir ke PPS.- Foto APM Perak
Operasi pemindahan mangsa banjir ke PPS.- Foto APM Perak

"Daripada 60 mangsa terlibat, 21 merupakan kanak-kanak. Setakat ini keadaan terkawal tanpa sebarang kejadian tidak diingini," katanya.

Sementara itu, pemantauan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting berjaya mengeluarkan dua warga emas dari kediaman yang dinaiki air.

Operasi menyelamat dilakukan anggota bomba di kawasan terjejas banjir. - Foto Bomba Perak
Operasi menyelamat dilakukan anggota bomba di kawasan terjejas banjir. - Foto Bomba Perak

Ketua Operasi, Jamil Mat Isa berkata, kedua-dua mangsa di bawa ke PPS dengan menaiki kenderaan utiliti.

"Kebanyakan mangsa pindah dengan sendirinya. Operasi pemantauan akan terus dilakukan secara berkala di lokasi kejadian," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!