Fasha Sandha tak sabar sambut Syawal
SETIAP kali tibanya bulan Ramadan, pelakon jelita Fasha Sandha memaklumkan perkara paling tidak sabar untuk dilakukan adalah menyediakan juadah berbuka buat keluarga.
Selain memperlahankan kerjaya seni, Fasha, 38, berkata, anak-anak juga menunjukkan reaksi teruja untuk mengerjakan ibadah puasa.
“Untuk bulan Ramadan ini saya memperlahankan sedikit kerjaya seni saya supaya ada masa untuk buat ibadah sunat yang lain dan banyakkan masa bersama keluarga.
“Anak-anak saya sangat teruja untuk sambut bulan Ramadan, lagi-lagi yang abang. Kami semua excited. Tiba bulan Ramadan paling tak sabar nak masak juadah untuk keluarga saya.
“Kami akan beraya di Kuala Lumpur sahaja tahun ini. Anak saya cuti tak lama jadi tak boleh nak keluar dari KL sangat,” katanya kepada Gempak.
Fasha berkata demikian ketika ditemui pada majlis menyambut Ramadan dan pelantikannya sebagai duta rasmi jenama tekstil terkemuka Alfaro yang diadakan di ibu kota baru-baru ini.
Kongsi Fasha, Alfaro turut menaja sebanyak 30 pasang busana hari raya buatnya sepanjang Syawal selain keluarga turut mengenakan koleksi terkini daripada jenama tersebut. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!