Henti sebar video imam dipukul lelaki kurang siuman

Laporan Sinar Harian pada Ahad.
Laporan Sinar Harian pada Ahad.
A
A
A

KUANTAN - Pihak Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 meminta orang ramai berhenti menyebarkan video yang memaparkan seorang imam jemputan dipukul lelaki kurang siuman.

Imam Besar Masjid Negeri 1, Mohd Rizzal Mohd Ali Nafiah berkata, penularan video tersebut perlu dihentikan demi kebaikan semua pihak.

"Setelah pengumuman ini, pihak masjid tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana pihak yang akan berdepan dengan tindakan undang-undang disebabkan penyebaran video tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini, tular satu video memaparkan seorang lelaki kurang siuman memukul imam di masjid tersebut.

Video berdurasi 30 saat memaparkan tindakannya menolak jemaah sebelum memukul imam berkenaan dengan sepasang selipar berwarna putih.

Kejadian itu disahkan Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu.

Mohd Rizzal berkata, insiden tersebut melibatkan seorang lelaki kurang siuman terlepas masuk ke dalam masjid sehingga berlaku kejadian yang tidak dijangka.

Bagaimanapun katanya, ia tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kerosakan harta masjid.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!