Pengalaman Ronaldo bantu kemenangan besar Portugal

Ronaldo - Foto AFP
Ronaldo - Foto AFP
A
A
A

ROBERTO Martinez memuji pengalaman Cristiano Ronaldo ketika pemain berusia 38 tahun itu meledak dua gol untuk membantu Portugal membelasah Luxembourg 6-0 dalam aksi kelayakan Euro 2024.

Ronaldo meneruskan rentak cemerlangnya apabila turut meledak dua kali ketika menentang Lichtenstein pada Khamis, melebarkan rekodnya kepada 198 penampilan dan 122 gol antarabangsa.

Joao Felix, Bernardo Silva, Otavio dan Rafael Leao turut mencetak nama selaku penjaring gol dan Martinez memuji Ronaldo yang disifatkannya antara pemain yang memiliki pengalaman luas dalam pasukan.

"Cristiano mempunyai pengalaman antarabangsa yang luar biasa, mungkin unik kerana dia satu-satunya pemain (di dunia) dengan 198 caps. Pengalamannya sangat penting dalam bilik persalinan," katanya.

Bekas pengendali Belgium itu juga gembira dengan satu lagi rekod bersih tanpa bolos yang berjaya dilakukan oleh para pemainnya.

"Saya menghargai keputusan tidak bolos ini berbanding jaringan enam gol itu. Perlawanan ini tidak mudah. ​​Apa yang penting dalam kedua-dua perlawanan adalah kerja dan konsistensi.

"Ia bukan sekadar menukar beberapa pilihan. Terdapat banyak pilihan, ia lebih kepada perubahan disebabkan oleh kecergasan pemain," katanya.

Portugal mengungguli Kumpulan J, dua mata di atas Slovakia dengan dua mata dan perlawanan kelayakan seterusnya adalah pada bulan Jun apabila Selecao bakal menerima kunjungan Bosnia-Herzegovina.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!