Lawatan rasmi ke Arab Saudi: Pembangkang tuntut penjelasan PM

Wan Ahmad Fayhsal (kiri) ketika sidang akhbar di Parlimen pada Isnin.
Wan Ahmad Fayhsal (kiri) ketika sidang akhbar di Parlimen pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen blok pembangkang menuntut supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab persoalan berhubung lawatan rasminya ke Arab Saudi pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQ) pada Selasa.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN - Machang) berkata, ia berikutan lawatan sulung Ahli Parlimen Tambun ke negara berkenaan menimbulkan pelbagai persepsi negatif.

“Kita ingin membangkitkan persoalan di sini mengapa lawatan yang diumumkan Wisma Putra sebelum Perdana Menteri berlepas tidak menunjukkan langsung sama seperti selepas berlangsungnya lawatan berkenaan.

“Ini merupakan perkara penting (yang perlu dijawab) kerana menimbulkan persoalan adakah hubungan Malaysia dan Arab Saudi dingin? Ini perkara membimbangkan kerana ia memberi kesan kepada kuota haji dan penjualan minyak sawit.

“Jadi, kami minta Perdana Menteri jelaskan esok (Selasa) dalam Dewan Rakyat,” katanya ketika sidang akhbar di Parlimen di sini pada Isnin.

Media melaporkan, Anwar mengadakan sesi lawatan rasmi buat julung kali ke Arab Saudi selama tiga hari yang bermula pada Rabu lalu.

Bagaimanapun, pembangkang pada Sabtu membangkitkan tiga isu bagi menggambarkan lawatan Anwar dan delegasinya ke Arab Saudi sebagai gagal.

Antara isu yang dimainkan pembangkang adalah tiada pertemuan antara Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz atau Putera Mahkotanya, Mohammed Salman.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!