Ketupat goreng

A
A
A
Peniaga Faridah Mamat, 47, menyediakan ketupat goreng untuk dijual kepada pelanggan di gerainya di Kampung Manir hari ini.

Ketupat rebus dan goreng menjadi pilihan masyarakat setempat untuk dijadikan juadah istimewa untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan.

Faridah yang menjalankan perniagaan itu sejak 2008 berkata akan menyediakan sehingga 2,000 biji ketupat pada Ramadan berbanding 500 biji pada bulan lain disebabkan permintaan tinggi daripada pelanggan.

Ibu kepada tiga anak itu terpaksa menggunakan khidmat pekerja untuk proses membalut ketupat kerana tidak sempat untuk menyediakan juadah itu dengan kudratnya sendiri.

Beliau yang tinggal di Kampung Tetambah, Manir, juga turut dibantu suami dan anak perempuannya di gerai yang dibuka bermula pada pukul 10 pagi hingga 6 petang sepanjang Ramadan ini.

Sebiji ketupat dijual pada harga 60 sen meskipun harga bahan mentah meningkat.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Hutan Simpan Bukit Kinta

No Image Caption
GALERI

Mesin Pengimbas Bagasi

No Image Caption
GALERI

Para Sukma Sarawak 2024

No Image Caption
GALERI

Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024