Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Ahmad Zahid peroleh passport secara kekal

A
A
A

BERITA SEMASA 27 MAC 2023

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjaya mendapatkan semula pasport antarabangsa dan diplomatiknya secara kekal bagi menjalankan tugas rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri, lapor wartawan Sinar Harian, Azlida Alimin.

Peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik berkata, keputusan berkenaan hanya tertakluk kepada jaminan RM2 juta tanpa syarat tambahan lain.

Pada 13 Februari lalu, Datuk Seri Zahid memfailkan semakan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, yang menolak permohonannya untuk mendapatkan pasport antarabangsa secara kekal bagi membolehkannya menjalankan tugas rasmi.

#BeritaSemasa #SinarHarian