MILO komited penuhi aspirasi bakat muda
RAMAI yang berpandangan bahawa bola sepak adalah satu sukan yang mudah, namun ia memerlukan kerja keras dan minat mendalam bagi memantapkan kemahiran bermain sukan popular tersebut.
Untuk itu, seramai 116 pemain muda telah dipilih bagi menyertai program MILO X FAM Ultimate Experience untuk mendalami sukan bola sepak. Mereka yang terpilih ini terdiri daripada pemain yang telah mempamerkan potensi di sepanjang kejohanan liga komuniti dengan kerjasama MILO.
Keyakinan MILO terhadap peranan sukan sebagai guru terbaik dalam menerapkan nilai-nilai positif seperti berdisiplin dan berkeyakinan diri akan mendorong seseorang untuk berjaya. Menerusi aktiviti sukan di peringkat awal pasti akan membantu anak muda untuk berdepan cabaran dengan penuh keyakinan diri di samping memupuk semangat kesukanan yang tinggi.
Hampir 70 tahun, MILO merupakan penggerak nadi sukan tanah air tetap dengan komitmen penuh untuk memberikan pendedahan yang lebih menyeluruh bagi pembangunan sukan akar umbi lebih-lebih lagi sukan bola sepak, sukan yang paling popular di Malaysia.
Jelas ini menunjukkan bahawa sukan sebagai wadah penyatuan rakyat Malaysia dan medium terbaik bagi memupuk semangat perpaduan di dalam kalangan generasi muda.
Maka dengan itu, bagi merealisasikan impian anak muda yang menginginkan peluang keemasan untuk merasai pengalaman merasai sendiri berlatih di bawah bimbingan kejurulatihan FAM serta melihat sendiri fasiliti dan kelengkapan pasukan kebangsaan.
Program MILO X FAM Ultimate Experience bertujuan memberikan pendedahan yang lebih menyeluruh kepada pemain muda bagi mengembangkan lagi minat mereka terhadap sukan bola sepak. Pengalaman yang berharga seperti ini pasti sukar untuk diperoleh lebih-lebih lagi pada usia semuda ini.
Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan MILO dan FAM untuk merancakkan lagi pembangunan ekosistem bola sepak akar umbi yang memberi fokus utama terhadap menyediakan program memanfaatkan pemain muda.
Mengulas mengenai penganjuran program ini, Pengurus Pemasaran MILO Malaysia, Kerwin Lim berkata “MILO sentiasa percaya dan yakin bahawa sukan berperanan sebagai guru terbaik yang boleh memupuk kesungguhan serta membentuk keperibadian individu untuk berjaya dalam apa jua bidang sukan yang diceburi.
MILO yang sinonim dengan penganjuran pertandingan sukan di peringkat bawah umur tetap komited untuk memantapkan lagi pembangunan sukan di peringkat akar umbi dan mengalu-alukan penglibatan FAM.
“Kerjasama yang sekian lama dijalin bersama FAM akan meneruskan usaha kami menyediakan pentas kompetitif dan platform terbaik kepada pemain muda untuk bersinar di samping bekerjasama melahirkan lebih ramai lagi perintis masa depan bola sepak negara,” ujar Kerwin.
Turut hadir ialah Ketua Unit Pembangunan Akar Umbi FAM, Cameron Ng yang nyata kagum dengan kemahiran dan teknik yang dimiliki oleh para pemain ketika menjalani kem latihan sepanjang program berlangsung.
“Mereka yang terlibat dalam program MILO X FAM Ultimate Experience nampaknya memiliki kemahiran yang tinggi dan saya percaya mereka (pemain muda) berada di landasan yang tepat setara dengan usaha kita membangunkan ekosistem yang terbaik untuk mereka bersaing secara kompetitif,” ujarnya.
Beliau yang juga merupakan Ketua Jurulatih Malayan Tigress B-20 tahun turut menzahirkan penghargaan kepada MILO Malaysia di atas komitmen mereka untuk bersama-sama membangunkan ekosistem akar umbi bola sepak di Malaysia, sekali gus menyokong kerjasama yang erat antara MILO Malaysia dan FAM.
“Sudah pasti kami di barisan kejurulatihan menyambut baik program dan inisiatif yang dilaksanakan oleh MILO Malaysia dalam memberikan peluang kepada para pemain untuk menyerlahkan bakat dan potensi mereka.”
Sementara itu, Ryan Khaliq, 9, daripada Akademi Kelab Velocity yang beraksi cemerlang di Saingan Liga Juara-Juara Remaja MILO kategori (B-10) begitu teruja dengan pengalaman yang sukar dilupakan.
"Saya gembira dapat berpeluang merasai pengalaman berlatih di sini, tempat pasukan kebangsaan berlatih dan ini akan meningkatkan lagi motivasi serta semangat saya untuk mewakili pasukan kebangsaan, satu hari nanti," katanya.
Kerjasama antara MILO dan FAM dalam tempoh beberapa tahun ini menumpukan fokus utama untuk melahirkan lebih 100,00 pemain muda dan 5000 jurulatih bagi diserapkan ke dalam ekosistem pembangunan akar umbi FAM.
MILO Malaysia juga akan terus menyajikan pentas kompetitif seperti Saingan Liga Juara-Juara Remaja MILO, Karnival Futsal MILO Hidup Bola yang telah melahirkan beberapa pemain bola sepak kebangsaan seperti Nik Akif Syahiran Nik Mat, Azri Ghani, Shivan Pillay serta Arif Aiman Hanapi yang baru-baru ini dinobatkan Pemain Paling Bernilai pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) tahun lalu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!