Tindakan bakar al-Quran keji, langgar kebebasan bersuara

Zulkifli
Zulkifli
A
A
A

SHAH ALAM – Tindakan membakar al-Quran disifatkan tindakan keji dan tidak boleh diterima serta melanggar prinsip asas hormat, toleransi dan kebebasan bersuara.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, tindakan sedemikian menyemarakkan kebencian dan perpecahan serta tidak mempunyai tempat dalam mana-mana masyarakat bertamadun.

“Bagi berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia, al-Quran adalah kitab suci dan membakarnya adalah penghinaan yang terang-terangan terhadap iman dan kepercayaan mereka.

“Tingkah laku tidak hormat seperti ini bukan sahaja mencalarkan sentimen agama tetapi juga menggalakkan ekstremisme dan ketaksuban yang merupakan ancaman kepada fabrik sosial mana-mana negara,” katanya menerusi Twitter pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pembakaran al-Quran oleh kumpulan pelampau di Copenhagen, Denmark pada bulan suci Ramadan

Jelasnya, kebebasan bersuara adalah hak asasi tetapi ia tidak termasuk hak untuk tidak menghormati atau menghina.

Terdahulu pada Ahad, kumpulan anti-Islam sayap kanan, Patrioterne Gar Live menyiarkan rakaman di Facebook memaparkan penyokong membawa sepanduk dengan mesej Islamofobia ketika membakar senaskah al-Quran dan bendera Turkiye di hadapan Kedutaan Turkiye di Copenhagen.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!