Larikan diri selepas curi peralatan klinik
Kejadian berkenaan disedari oleh seorang jururawat yang menyedari peralatan berkenaan telah dicuri.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, tiga mesin pemeriksaan gula dan satu mesin pemeriksaan oksigen dilaporkan hilang.
"Jururawat berkenaan keluar selepas meletakkan alat pengecas bateri tambahan dan alatan klinik di atas meja saringan.
"Keadaan menjadi kelam-kabut apabila jururawat tersebut berpatah balik ke bilik saringan, dia menyedari peralatan berkenaan dicuri dua individu terbabit," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan mengenai kejadian.
"Polis berjaya mengenal pasti kedua suspek yang terlibat, dan usaha mengesan sedang giat dijalankan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!