Raja Muda Selangor serah sumbangan Aidilfitri

Tengku Amir Shah (kiri) berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada hampir 2,000 anak-anak yatim bagi daerah Klang dan Kuala Selangor.
Tengku Amir Shah (kiri) berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada hampir 2,000 anak-anak yatim bagi daerah Klang dan Kuala Selangor.
A
A
A

SHAH ALAM - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada hampir 2,000 anak-anak yatim bagi daerah Klang dan Kuala Selangor.

Beberapa keping gambar sempena majlis penyerahan sumbangan berlangsung di Masjid Kampung Raja Uda, Klang dan di Masjid Kampung Sungai Terap, Kuala Selangor itu dikongsikan melalui hantaran di laman Facebook rasmi Selangor Royal Office.

Baginda menyampaikan sumbangan dikelolakan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) membabitkan wang tunai RM150 kepada setiap penerima di dua daerah berkenaan bagi membantu persiapan menyambut Aidilfitri.

"Majlis penyerahan sumbangan di Klang berlangsung di Masjid Kampung Raja Uda, manakala di Kuala Selangor majlis diadakan di Masjid Kampung Sungai Terap.

Tengku Amir Shah (duduk, tengah) turut berkenan bergambar bersama penerima dan penduduk setempat.
Tengku Amir Shah (duduk, tengah) turut berkenan bergambar bersama penerima dan penduduk setempat.

"Setiap penerima menerima RM150 setiap seorang bagi membantu menghadapi persiapan Aidilfitri," kata Selangor Royal Office dalam kenyataan di laman Facebooknya pada Isnin.

Kenyataan itu menambah baginda turut mengambil kesempatan itu untuk beramah mesra dengan anak-anak yatim yang hadir serta penduduk setempat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!