Pavard pacu kemenangan Perancis
SATU gol hasil ledakan pemain pertahanan, Benjamin Pavard sudah cukup buat Perancis meraih kemenangan ke atas Ireland 1-0 dalam aksi kelayakan Euro 2024.
Dalam aksi di Lansdowne Road, Dublin itu Pavard menyumbat gol pada minit ke-50 awal pagi Selasa.
"Saya diberi peluang untuk bermain dan menghasilkan gol. Ia satu kejayaan," ujar Pavard.
Dalam aksi itu, pujian juga wajar diberikan kepada penjaga gol, Mike Maignan yang menggantikan belas kapten Hugo Lloris.
Maignan beraksi cemerlang memastikan gawang Perancis kebal dalam dua minit terakhir perlawanan.
Ketika permainan berbaki 30 saat penjaga gol AC Milan itu menepis keluar tandukan rakan sepasukan, Jule Kounde.
Ia disusuli sepakan sudut dan Maignan sekali lagi menyelamat gawang Perancis, kali ini daripada percubaan pemain lawan, Nathan Collins.
"Aksi cemerlang Mike (Maignan) membolehkan kami terus mendahului dan menang tanpa bolos. Dia adalah pemain terbaik perlawanan," kata Pavard.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!