Sweden baham Azerbaijan tanpa Zlatan

Forsberg.
Forsberg.
A
A
A

SWEDEN membuktikan tanpa kelibat penyerang legenda, Zlatan Ibrahimovic, sensasi negara Scandinavia itu masih mampu melakar senyuman apabila meraih kemenangan 5-0 ke atas Azerbaijan dalam kempen Kelayakan Euro 2024.

Bagaimanapun dalam perlawanan yang berlangsung di Friends Arena, Solna, Sweden itu, tuan rumah terpaksa berdepan kesulitan gaya permainan pelawat apabila memimpin separuh masa pertama hasil jaringan minit ke-38, Emil Forsberg selepas gol Alexander Isak dibatalkan akibat ofsaid sebelum itu.

Separuh masa kedua, Sweden yang diaibkan Belgium, 3-0 hasil ledakan hatrik Romelu Lukaku pada 25 Mac lalu tampil lebih agresif mengasak bagi melebarkan jaringan.

Hasilnya anak buah Janne Andersson kembali tampil dengan empat gol lagi bagi menambah derita skuad asuhan Gianni De Biasi tersebut.

Sweden menggandakan kelebihan pada minit ke-65 apabila Bahlul Mustafazada menjaringkan gol sendiri hasil hantaran lintang Isak sebelum tandukan Viktor Gyokeres menjadikan kedudukan 3-0 hasil hantaran Karlstrom pada mnit ke-79.

Dua lagi gol Sweden dijelmakan hasil jaringan Jesper Karlsson (m-88) dan Anthony Elanga (m-89) bagi melengkapkan pesta gol tuan rumah.

Kemenangan itu melonjakkan Sweden ke tempat ketiga Kumpulan F dengan tiga mata, dengan Austria, yang menewaskan Estonia 2-1, memimpin diikuti Belgium kedua.

Terdahulu Andersson mengesahkan Sweden terpaksa melupakan khidmat Zlatan Iselepas bintang AC Milan itu mengadu keadaan fizikalnya tidak selesa.

“Dia mempunyai masalah yang memaksanya terlepas perlawanan ini. Ia sangat menyedihkan untuk dia dan untuk kami,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!