Usaha Anwar perangi rasuah akan gagal jika disabotaj

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

SHAH ALAM - Komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memerangi rasuah boleh digagalkan atau disabotaj oleh penguat kuasa yang tidak berintegriti .

Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat (PKR), Amidi Abdul Manan berkata, perakuan untuk mendakwa sesiapa sahaja tanpa campur tangan politik telah pun diberikan oleh pucuk pimpinan negara.

“Tiada sebab mengapa usaha menghapuskan rasuah boleh gagal melainkan ada pihak yang sengaja mensabotaj hasrat ini.

“Imej perkhidmatan awam juga akan menjadi buruk pada pandangan masyarakat awam lantaran penguat kuasa yang menjadi nila dan merosakkan susu,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Pencegah Rasuah Malaysia, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahya berkata, kebanjiran warga asing di negara ini dilihat sebagai peluang besar kepada segelintir penguat kuasa yang tidak berintegriti untuk mengaut rasuah.

Menurut Amidi, gejala sosial yang semakin buruk akibat perbuatan sabotaj tidak boleh dipandang ringan dan perlu diperbaiki sebelum ia parah.

“Pada peringkat ini kita terima kelemahan dengan tekad untuk menghapuskan perbuatan rasuah dalam kalangan penguat kuasa secepat mungkin,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!