Permintaan buah kabung tinggi, menu istimewa berbuka puasa

Bekalan buah kabung yang sukar diperoleh menyebabkan Mariati terpaksa menolak banyak permintaan pemborong.
Bekalan buah kabung yang sukar diperoleh menyebabkan Mariati terpaksa menolak banyak permintaan pemborong.
A
A
A

BERA - Sepasangan suami isteri yang berniaga buah kabung ataupun enau di daerah ini tidak menang tangan melayan permintaan pelanggan yang naik mendadak.

Mariati Mohd Jailani, 42, dari Kampung Durian Tawar berkata, setakat ini mereka telah memproses buah tersebut hingga mencecah dua tan.

"Saya dan suami, Shaharul Nizam Shamsudin, 42, terpaksa menutup sementara gerai pada hari ini (Selasa) untuk mencari bekalan dan memproses buah.

"Bila dah tutup macam ini, penggemar buah kabung dengan pemborong akan datang ke rumah mendapatkan bekalan kabung yang siap proses," ujar Mariati.

Buah kabung yang dijual dengan harga RM5 sebungkus di gerai milik Mariati
Buah kabung yang dijual dengan harga RM5 sebungkus di gerai milik Mariati

Menurutnya, tahun ini mereka masih mengekalkan harga buah kabung yang sudah siap diproses iaitu RM5 sebungkus.

"Tak sampai hati nak naikkan harga walaupun bukan mudah nak dapat bekalan, dengan proses buah ini lagi," jelasnya lagi yang memberitahu bekalan diperoleh sekitar hutan di Bera.

Jelasnya, pelanggannya yang terdiri daripada golongan muda lebih menyukai buah kabung yang siap diproses untuk dibuat koktail manakala mereka yang lebih tua memilih kabung tawar untuk dibuat pengat.

Buah kabung atau nama saintifiknya, 'Arenga pinnata' dikatakan memiliki khasiatnya tersendiri untuk merawat sakit lutut selain dapat menyejukkan badan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!