Tindakan pengganas di Sri Lanka tak cermin Islam agama keamanan
PUTRAJAYA - Malaysia mengutuk keras serangan bom hari Easter di Sri Lanka, yang Daesh (Islamic State) dakwa bertanggungjawab hingga mengakibatkan lebih 320 orang terbunuh.
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dalam satu kenyataan hari ini menggesa kerajaan Sri Lanka mengheret mereka yang melakukan jenayah dahsyat itu ke muka pengadilan.
"Tindakan teroris itu jelas tidak mencerminkan Islam sebagai agama perdamaian,” katanya.
“Sedangkan Islam adalah agama 'rahmatan lil alamin,' ujarnya.
Saifuddin berkata kerajaan dan rakyat Malaysia berdiri teguh untuk perpaduan bersama kerajaan dan rakyat Sri Lanka.
"Kami berdoa semoga keluarga mangsa, orang yang disayangi dan mereka yang terjejas, tabah menghadapi saat-saat penuh ujian ini,” kata beliau. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!