Ragbi: Sasaran empat terbaik Sukan Asia realistik

Ahmad Fadzlee
Ahmad Fadzlee
A
A
A

SASARAN kelompok empat terbaik di Sukan Asia Hangzhou di China, buat skuad ragbi lelaki tujuh sebelah kebangsaan (Bunga Raya 7’s) disifatkan sasaran realistik.

Malah menurut pengendali baharu Bunga Raya 7s, Ahmad Fadzlee Ahmad Idris, keyakinan itu hadir selepas pasukan tersebut berjaya memberikan saingan kepada jagoan Asia di Kejuaraan 7s Asia tahun lalu.

"Semasa Kejuaraan 7s Asia sebelum ini pasukan negara berjaya mengekang pasukan Jepun dan Korea Selatan serta memberi tentangan kepada Hong Kong.

"Bunga Raya 7s tewas kepada lawan pada tahun lalu disebabkan separuh daripada pemain dipalit kecederaaan semasa kejuaraan berlangsung menyaksikan kita tidak boleh 'sustain' dalam kempen tersebut.

"Namun dengan bantuan Institut Sukan Negara, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kesatuan Ragbi Malaysia, kita telah perbaiki kelemahan dengan melaksanakan sistem pengiliran pemain bagi membolehkan pemain mendapatkan cukup rehat," katanya pada Selasa.

Sebelum itu, di MSN, Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU), Datuk Shahrul Zaman Yahya mengumumkan senarai 18 pemain yang akan berada di bawah program podium Majlis Sukan Negara dan MRU bagi menghadapi temasya Sukan Asia Hangzhou, China dan Kejuaraan Siri Ragbi Asia, menyaksikan Bunga Raya 7 dikendalikan Ahmad Fadzlee dibantu penolong Nik Mohd Shahiddan Mohd Zain.

Barisan 18 pemain yang akan berada di bawah program podium MSN dan MRU bagi menghadapi temasya Sukan Asia Hangzhou, China dan Kejuaraan Siri Ragbi Asia.
Barisan 18 pemain yang akan berada di bawah program podium MSN dan MRU bagi menghadapi temasya Sukan Asia Hangzhou, China dan Kejuaraan Siri Ragbi Asia.

Mengenai keserasian dalam kalangan pemain Bunga Raya 7s, Ahmad Fadzlee menegaskan keserasian antara pemain senior dan junior tidak menjadi masalah kepada anak buahnya.

Tambah beliau, keserasian dalam kalangan pemain sememangnya telah lama wujud kerana sering bermain bersama semasa peringkat kejohanan bawah umur sebelum ini.

"Tumpuan yang saya perlu berikan pada ketika ini untuk membentuk keserasian dalam aspek daya saing dan daya tahan pemain semasa perlawanan.

"Selain itu tumpuan juga akan diberikan terhadap meningkatkan tahap kecergasan dan build up muscle setiap pemain bagi mengharungi perlawanan berintensiti tinggi," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!