Berkeras halang bomba alih pokok timpa kereta

Sebuah kenderaan dihempap sebatang pokok dalam satu kejadian di Jalan Anggerik Mokara, Kota Kemuning, Selangor pada Selasa.
Sebuah kenderaan dihempap sebatang pokok dalam satu kejadian di Jalan Anggerik Mokara, Kota Kemuning, Selangor pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Mangsa pokok tumbang berkeras tidak mahu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengalihkan dahan yang menghempap kenderaan miliknya dalam satu kejadian di Kota Kemuning, dekat sini malam ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, kejadian berlaku di Jalan Anggerik Mokara pada 8.15 malam itu mengakibatkan sebuah kereta mengalami kerosakan apabila dihempap pokok.

"Pihak bomba cuba untuk membantu mangsa mengalihkan dahan pokok yang menghempap kenderaan miliknya.

"Namun begitu, usaha itu dihalang oleh pemilik kenderaan dengan alasan menunggu pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hadir ke lokasi.

"Tindakan mangsa tersebut dipercayai bertujuan membuat tuntutan kepada pihak MBSA," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ekoran itu menurutnya, pihak bomba hanya mengalihkan dahan di sekitar kawasan tersebut sahaja.

Katanya lagi, tiada mangsa terlibat dilaporkan dalam insiden pokok tumbang tersebut.

"Kes diserahkan kepada Skuad Pantas MBSA untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!