Pemilik rumah kosong terbiar akan dikena tindakan

Teo Kok Seong - Foto Bernama
Teo Kok Seong - Foto Bernama
A
A
A

SEREMBAN - Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) akan mengambil tindakan terhadap pemilik rumah yang gagal menyelenggara rumah mereka dengan baik.

Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan Dan Kampung Baru, Teo Kok Seong (PH-Bahau) berkata, kes berkenaan biasanya berlaku di rumah kosong terbiar dan PBT sentiasa memantau perkara itu.

"Antara tindakan diambil adalah menghantar notis kepada pemilik agar menyelenggara kebersihan secara berkala.

"Jika gagal, PBT akan menjalankan aktiviti pembersihan secara dalaman dengan kos akan dituntut kepada pemilik harta," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Chew Seh Yong (PH-Lobak) berhubung isu masalah rumah terbiar pada Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kedua DUN Negeri Sembilan Yang Ke-14, hari ini.

Menurutnya, tindakan mahkamah juga boleh diambil bagi mana-mana kes yang berulang dan pemilik yang tidak menjelaskan bayaran pembersihan.

Kok Seong berkata, berdasarkan rekod, sebanyak 796 rumah kosong terbiar di dalam kawasan Majlis Perbandaran Nilai(MPN) dan 260 di dalam kawasan Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!