Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia

Pemain Harimau Malaya, Muhamad Akhyar Abdul Rashid meraikan jaringan bersama rakan sepasukan pada Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 antara pasukan Harimau Malaya menentang pasukan Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim pada Rabu. - Foto Bernama
Pemain Harimau Malaya, Muhamad Akhyar Abdul Rashid meraikan jaringan bersama rakan sepasukan pada Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 antara pasukan Harimau Malaya menentang pasukan Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim pada Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.

Menurut pengiraan laman Footy Rankings, skuad negara akan memperolehi 5.27 mata selepas kemenangan 1-0 ke atas Turkmenistan dan 4.85 mata hasil kemenangan 2-0 ke atas Hong Kong.

Ia sekali gus menyaksikan Malaysia akan melonjak ke kedudukan ke-138 dengan mengumpul 1,082.13 mata dengan kemas kini rasmi hanya akan dilakukan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 6 April depan.

Mengikut kemaskini terakhir ranking FIFA pada 22 Disember tahun lalu, Malaysia berada di ranking ke-145 dunia dengan 1066.60 mata dan belum dicampur dengan kiraan mata ketika aksi Piala AFF 2022.

Untuk rekod, ranking terbaik yang pernah diraih skuad negara adalah di kedudukan ke-75 manakala ranking terburuk adalah di kedudukan ke-178 dunia.

Kedudukan ke-138 dunia itu bakal menyamai kedudukan terbaik skuad kebangaan pada 2011 selelas memenangi Piala AFF 2010 di mana Malaysia pernah berada di kedudukan itu sebelum mengalami kejatuhan ke tangga ke-178 pada tahun 2018.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!