JAIPk beri amaran lisan geng plastik hitam

Pegawai Penguat kuasa JAIPk menjalankan pemeriksaan di premis makanan ketika Operasi Tidak Menghormati Ramadan di beberapa lokasi di negeri ini pada Selasa. - Foto: JAIPK
Pegawai Penguat kuasa JAIPk menjalankan pemeriksaan di premis makanan ketika Operasi Tidak Menghormati Ramadan di beberapa lokasi di negeri ini pada Selasa. - Foto: JAIPK
A
A
A

IPOH - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah menjalankan Operasi Tidak Menghormati Ramadan di beberapa lokasi di negeri ini pada Selasa.

Antara lokasi yang menjadi tumpuan termasuklah di sekitar Lahat, Menglembu, Silibin dan Pekan Ipoh.

Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abd Halim berkata, operasi yang dijalankan itu berkaitan kesalahan Tidak Menghormati Ramadan di bawah Seksyen 24 Enakmen Jenayah Syariah (Perak) 1992.

Menurutnya, operasi itu melibatkan anggota daripada Bahagian Penguatkuasaan JAIPk melibatkan seluruh daerah di negeri ini.

"Tumpuan pemeriksaan dilakukan terhadap premis-premis makanan orang islam yang menjadi tumpuan mereka yang ingin mengambil kesempatan.

"Hasil daripada operasi yang dijalankan mendapati masih terdapat sebilangan kecil daripada kalangan orang Islam yang disyaki tidak peka dengan kesalahan tidak menghormati bulan Ramadan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu

Pegawai Penguat kuasa JAIPk menjalankan pemeriksaan di premis makanan ketika Operasi Tidak Menghormati Ramadan di beberapa lokasi di negeri ini pada Selasa. - Foto: JAIPK
Pegawai Penguat kuasa JAIPk menjalankan pemeriksaan di premis makanan ketika Operasi Tidak Menghormati Ramadan di beberapa lokasi di negeri ini pada Selasa. - Foto: JAIPK

Harith Fadzilah berkata, sehingga kini belum ada sebarang tangkapan yang dibuat atas kesalahan berkenaan dan JAIPk hanya memberi teguran lisan kepada mereka yang disyaki melakukan kesalahan tidak menghormati bulan Ramadan.

Dalam pada itu, beliau menasihati orang Islam khususnya di negeri ini supaya menghormati bulan Ramadan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!