ADUN Paroi buat laporan polis

Mohamad Taufek (Laporan Sinar Harian mengenai isu berkenaan.)
Mohamad Taufek (Laporan Sinar Harian mengenai isu berkenaan.)
A
A
A

SEREMBAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani membuat laporan polis susulan surat tular yang mengaitkan namanya dalam penganjuran bazar Ramadan dan Aidilfitri di Tapak Dataran Senawang.

Laporan polis itu dibuat Mohamad Taufek pada Rabu, jam 5.46 petang di Balai Polis Seremban untuk mempertahankan dirinya daripada tuduhan jahat dan ingin menafikan berkaitan isu surat yang tular itu.

Mohamad Taufek berkata, selain itu beliau ingin membersihkan namanya daripada sebarang fitnah dan tomahan yang dilontarkan terhadapnya.

Beliau turut menegaskan, dirinya sama sekali tidak terlibat dalam pemilihan penganjur bagi bazar berkenaan pada tahun ini.

"Semua keputusan dan panel pemilih diuruskan oleh pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) sepenuhnya.

"Saya tidak tahu menahu dengan penyebaran surat tersebut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!