Etnik Rohingya terlalu diberi muka
SHAH ALAM - Isu pelarian etnik Rohingya memohon suaka tertinggi di Malaysia tidak patut dipandang enteng kerana ia akan memberi kesan buruk sekali gus mengancam ketenteraman negara.
Ia berdasarkan beberapa kes sebelum ini yang melibat etnik terbabit, seperti berlagak samseng mengutip wang parkir daripada rakyat tempatan di Jalan Petaling, Kuala Lumpur yang berlaku 23 Februari lalu.
Selain itu, etnik tersebut juga berani memberi amaran kepada orang tempatan untuk tidak menyibuk hal warga mereka dan sikap dua orang wanita yang juga warga Rohingya bertindak melampau dengan memasuki kawasan rumah awam sesuka hati dan mengetuk pintu rumah untuk meminta sedekah.
Ini umpama peribahasa diberi betis hendak paha, apabila sudah dihulurkan bantuan yang sepatutnya namun tidak bersyukur sebaliknya menunjukkan sentimen yang tidak baik.
Adakah perilaku berkenaan perlu kita benarkan 'menjajah' negara ini? Meskipun ingin membantu tidak perlu hingga tahap membiarkan mereka memijak peraturan dan undang-undang Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, berdasarkan statistik Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sehingga Disember 2022 lalu menunjukkan seramai 14,349 individu daripada etnik tersebut telah membuat permohonan itu.
Selain itu katanya, kumpulan berkenaan juga merekodkan jumlah pelarian paling ramai berada di negara ini.
Sehubungan itu, Ketua Program Pengajian Sarjana Muda Undang-undang dan Syariah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Noorfajri Ismail menggesa kerajaan untuk berpendirian tegas dan jelas dalam memberi kelulusan suaka terhadap pelarian etnik Rohingya.
Ujarnya, perkara itu dilihat sebagai keperluan mendesak kerana turut membabitkan undang-undang berkaitan imigresen.
Katanya, suaka membolehkan perlindungan diberikan kepada mereka yang dikenali sebagai suaka politik atau 'political asylum'.
Jelas beliau, setiap suaka politik menyebabkan kerajaan terpaksa melonggarkan syarat atau undang-undang yang melibatkan imigresen.
Dalam pada itu, pakar Undang-undang Migrasi Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Salawati Mat Basir meminta kerajaan untuk m e m p u n y a i mekanisme pengawalan pelarian dan hala tuju yang jelas berhubung setakat mana Malaysia mampu untuk menampung golongan itu.
Tambahnya, sekiranya tidak dilakukan, negara ini akan terus berdepan dengan konflik menangani etnik Rohingya yang semakin ‘membiak’.
Malah, beliau turut membidas kerajaan yang disifatkan lambat bertindak dalam mengawal etnik itu yang kini mula membentuk satu koloni yang besar.
Kesimpulannya, kerajaan terlalu memberi muka terhadap etnik berkenaan sehingga mereka melampau dan berani mencabar kewibawaan negara.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!