AUKUS, kesihatan mental anggota polis tumpuan Dewan Rakyat

Isu berkaitan kesan pembentukan kerjasama tiga hala antara Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) (AUKUS) dan langkah membendung isu kesihatan mental dalam kalangan anggota polis, antara tumpuan di Dewan Rakyat pada Khamis.
Isu berkaitan kesan pembentukan kerjasama tiga hala antara Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) (AUKUS) dan langkah membendung isu kesihatan mental dalam kalangan anggota polis, antara tumpuan di Dewan Rakyat pada Khamis.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Isu berkaitan kesan pembentukan kerjasama tiga hala antara Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) (AUKUS) dan langkah membendung isu kesihatan mental dalam kalangan anggota polis, antara tumpuan di Dewan Rakyat pada Khamis.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat menerusi laman rasmi Parlimen, Lim Guan Eng (PH-Bagan) meminta Menteri Pertahanan menyatakan pendirian Malaysia ekoran pakatan pertahanan AUKUS, iaitu Australia akan membeli lapan kapal selam perang nuklear berharga AUD368 bilion dan kesannya kepada keselamatan negara-negara ASEAN berdasarkan Zon Keamanan, Kebebasan dan Berkecuali atau ZOPFAN.

Dalam sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri itu, Guan Eng juga ingin tahu sama ada lapan kapal selam perang nuklear berkenaan akan dibenarkan beroperasi dalam rantau perairan negara-negara ASEAN.



Isu kesihatan mental pula akan dibangkitkan Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) dalam sesi sama, yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah bagi memastikan isu itu dapat dibendung dalam kalangan anggota polis.

Hal ini terutamanya terhadap mereka yang memegang senjata api untuk memastikan anggota dapat menjalankan tugas dengan mental yang stabil.

Menerusi sesi waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan, Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) pula meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan usaha kementerian untuk mengembangkan aktiviti penternakan lembu bersaiz besar (lembu sado) dalam kalangan usahawan muda dan usahawan desa.

Selesai sesi itu, beberapa rang undang-undang dijangka dibentangkan untuk bacaan kali kedua, antaranya Rang Undang-Undang Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!