Sulaiman hadir ke pejabat Ketua Menteri seperti biasa

Sulaiman
Sulaiman
A
A
A

MELAKA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali kelihatan hadir seperti biasa ke Pejabat Ketua Menteri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini pada Khamis.

Sulaiman tiba di Kompleks Seri Negeri dari kediaman rasmi Ketua Menteri di Seri Bendahara pada pukul 8.59 pagi Khamis, walaupun peletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada Sulaiman meneruskan tugas sebagai Ketua Menteri atau sekadar berjumpa dengan kakitangannya.

Spekulasi pertukaran Ketua Menteri Melaka mula dilaporkan media sejak Rabu susulan tular maklumat dalam aplikasi WhatsApp mengenai Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri yang baharu akan berlangsung Jumaat ini.

Antara nama yang disebut-sebut menggantikan Sulaiman sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu ialah ADUN Tanjung Bidara merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Melaka bakal bertukar Ketua Menteri?

Ab Rauf minta sabar, tunggu pengumuman rasmi

Sulaiman letak jawatan Ketua Menteri Melaka

Tidak campur kemelut BN Melaka

Sulaiman letak jawatan: Seri Negeri jadi tumpuan media

Sulaiman hadir ke pejabat Ketua Menteri seperti biasa

Sulaiman tunjuk isyarat mohon maaf

Angkat sumpah Ketua Menteri Melaka Jumaat

Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu

Letak jawatan: Sulaiman perlu beri penjelasan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!