Kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 siap

Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2(SSP2)
Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2(SSP2)
A
A
A

SHAH ALAM - Kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) telah siap dilaksanakan kira-kira jam 11 malam tadi.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Abdul Raof Ahmad berkata, loji akan diaktifkan semula dan proses menyalurkan bekalan air terawat ke kolam utama dan sistem agihan utama akan dilaksanakan.

"Ia akan dijalankan sebelum bekalan dapat disalurkan kepada pelanggan dan proses ini dijangka mengambil masa 24 jam.

"Pemulihan adalah secara berperingkat dan berbeza dari satu kawasan ke kawasan bergantung lokasi geografi dan altitud premis pelanggan," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, pengguna diharap dapat merujuk kepada hebahan maklumat dan info pelanggan dengan melayari www.syabas.com.my, Facebook Air Selangor, Twitter@air_selangor dan aplikasi telefon pintar Air Selangor.

Untuk bantuan bekalan air kecemasan, pengguna boleh menghantar SMS Tanker ke 15300 atau WhatsApp ke 019-2816793, 019-2800919.

ARTIKEL BERKAITAN: MB Selangor pastikan gangguan air tak lebih tiga hari

73 premis jual tong air diperiksa KPDNHEP

Artikel Berkaitan:

Gangguan bekalan air 86 jam di KL, Selangor Rabu depan

Kerja tambah baik kini 70 peratus siap

Terdahulu, sebanyak 4,143,645 pengguna di 577 kawasan terlibat dalam gangguan bekalan air yang dijangka mengambil masa kira-kira 86 jam pada 24 April sehingga 26 April ini.

Gangguan bekalan air ini melibatkan kawasan kawasan di kawasan-kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!