Sultan Selangor berkenan rasmi Masjid Kota Raja
SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Masjid Kota Raja, Klang dengan diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin
Turut mengiringi baginda, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.
Beberapa keping gambar sempena majlis berkenaan dikongsikan melalui hantaran di laman Facebook rasmi Selangor Royal Office pada Rabu.
Baginda seterusnya berbuka puasa dan menunaikan solat tarawih berjemaah bersama rakyat jelata dari daerah Klang.
"Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 369 asnaf di daerah berkenaan serta beramah mesra dengan penduduk setempat yang hadir," kata Selangor Royal Office menerusi hantaran di media sosial rasminya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!