Kos PRN di enam negeri dianggarkan RM420 juta - Ahmad Maslan

Datuk Seri Ahmad Maslan. - Foto: Bernama
Datuk Seri Ahmad Maslan. - Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pada Khamis diberitahu perbelanjaan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang akan diadakan tahun ini dianggarkan melibatkan kos RM420 juta.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jumlah itu mengambil kira situasi semasa jika PRN dibuat tahun ini.

"Saya ingin menyatakan bahawa PRN di enam negeri, kita menganggarkan memerlukan RM420 juta.

“Ini enam negeri yang akan datang nanti dan saya bersetuju dengan apa yang YB Bachok (Mohd Syahir Che Sulaiman, PN - Bachok) cadangkan supaya diadakan pilihan raya itu pada hari Sabtu.

“Elok hari Sabtu sebab hari Jumaat di sebelah Pantai Timur cuti, elok hari Sabtu, saya setuju dan saya kira SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) juga tiada masalah untuk itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Tahun (2022) 2023 di Dewan Rakyat.

Mohd Syahir dalam perbahasannya sebelum itu mencadangkan PRN di enam negeri itu ditetapkan pada hari cuti bagi memudahkan pengundi menunaikan tanggungjawab mereka. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!