Niaga hadapan emas ditutup tinggi
NIAGA hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis dengan sejumlah 35 lot diniagakan.
Kontrak bulan semerta Mac 2023 berada pada AS$1,967.00 setiap troy auns (AS$1=RM4.4185).
Kontrak bagi April 2023, Mei 2023, Jun 2023, Ogos 2023 dan Oktober 2023 semuanya ditutup pada AS$1,973.40 setiap troy auns.
Harga emas fizikal berada pada AS$1,965.00 setiap troy auns seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 29 Mac, 2023. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!