'Empat beradik maut datang daripada keluarga susah'
SHAH ALAM - Empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di rumah mereka di Kampung Sabak Awor, Muar pada Rabu datang dari keluarga yang susah.
Pendakwah terkenal, Ebit Lew berkata, keluarga itu tidak mempunyai barangan elektrik termasuk televisyen.
“Ibunya keluar lima minit beli barang bergesa balik lihat dah jadi begitu. Ya ALLAH tuhanku sedihnya dengar,” kata Ebit menerusi perkongsian di Facebooknya pada Khamis.
Menurutnya, ibu kepada empat beradik itu berasal dari Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Tragedi pada jam 7.49 malam itu mengorbankan Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3.
Jenazah empat beradik itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahat jam 8.15 malam Khamis di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, di sini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!