Dilema 'destinasi' baharu Gundogan

Kontrak Gundogan bersama City akan luput tiga bulan lagi. - Foto Agensi
Kontrak Gundogan bersama City akan luput tiga bulan lagi. - Foto Agensi
A
A
A

MASA depan Ilkay Gundogan masih terbuka ketika tercetus spekulasi yang mengaitkan kapten Manchester City itu berminat untuk menyertai Barcelona sebaik kontraknya tamat.

Kontrak pemain tengah The Citizens itu selama empat tahun yang dimeterainya pada 2019 akan tamat tiga bulan lagi.

Bagaimanapun, pemain berusia 32 tahun itu masih belum bersetuju dengan perjanjian baharu.

“Belum ada perjanjian lagi dengan mana-mana kelab.

“Tumpuan Ilkay dalam beberapa minggu kebelakangan ini hanya kepada Manchester City dan kelahiran anak lelakinya," ujar Gundogan.

Gundogan membuat 24 penampilan daripada 27 aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, namun beliau dikaitkan mahu berkelana ke Camp Nou akhir musim ini.

Walaupun terdapat cadangan Barcelona bersedia menawarkan pemain Jerman itu kontrak dua tahun, ejen yang juga bapa saudaranya, Ilhan Gundogan berkata, belum ada sebarang keputusan dibuat.

“Tumpuan Ilkay dalam beberapa minggu kebelakangan ini hanya kepada Manchester City dan kelahiran anak lelakinya.

“Dia berada dalam fasa terakhir musim ini dan adalah penting baginya memberi tumpuan sepenuhnya dalam perjuangannya. Kedudukan Ilkay pada musim depan masih terbuka,” Ilhan.

Gundogan telah memenangi empat trofi EPL sejak menyertai City daripada Borussia Dortmund.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!