Padah buat aksi 'wheelie', dua lelaki ditahan

Tindakan dua lelaki yang melakukan aksi 'wheelie' mengundang padah selepas diberkas polis menerusi Op Samseng Jalanan di sekitar Kota Bharu pada awal pagi Khamis.
Tindakan dua lelaki yang melakukan aksi 'wheelie' mengundang padah selepas diberkas polis menerusi Op Samseng Jalanan di sekitar Kota Bharu pada awal pagi Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Tindakan dua lelaki yang melakukan aksi 'wheelie' mengundang padah selepas diberkas polis menerusi Op Samseng Jalanan di sekitar bandar ini, awal pagi Khamis.

Operasi antara jam 2 hingga 4 pagi yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di Jalan Tok Guru, Jalan Chempaka dan Jalan Wakaf Che Yeh itu turut menahan seorang lelaki yang memandu kereta dalam keadaan berbahaya dengan bersaing sesama sendiri.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 18 hingga 28 tahun.

"Kita turut merampas dua motosikal dan sebuah kereta yang digunakan untuk aktiviti tersebut.

"Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula Jumaat sehingga Isnin dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurut beliau, 29 saman turut dikeluarkan sepanjang operasi tersebut.

Ujarnya, Polis Kelantan mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai sekiranya terdapat kegiatan merempit atau berlumba di kawasan mereka.

"Setiap maklumat disalurkan akan diteliti dan dikaji tindakan yang sesuai.

"Kita tidak akan berdiam diri, sentiasa membuat intipan serta risikan terhadap kegiatan merempit dan berlumba di seluruh negeri," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!