Dakwa guna dana awam ke China: Ka Siong bidas Chang Khim

Wee Ka Siong (kiri), Teng Chang Khim
Wee Ka Siong (kiri), Teng Chang Khim
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong membidas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baru Klang, Datuk Teng Chang Khim berhubung isu penggunaan dana untuk perjalanan lawatan ke China.

Ka Siong menegaskan, Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Selangor itu tidak seharusnya melontarkan dakwaan yang tidak berasas kepada pemimpin MCA berhubung isu berkenaan.

Presiden MCA itu menegaskan, Chang Khim sepatutnya mendapatkan pengesahan daripada rakan-rakan DAP atau meminta Jabatan Perdana Menteri menjelaskan perkara itu.

“Saya sebagai Ahli Parlimen ‘backbencher’ dan bukannya menteri kabinet, memegang tanggungjawab untuk memainkan peranan dengan baik apabila Perdana Menteri mengetuai delegasi Malaysia dalam lawatan rasmi ke China.

“Ia adalah sebahagian daripada tugas saya untuk menyumbang kepada negara dengan menggalakkan kerjasama dua hala antara Malaysia dan China,” katanya dalam siaran di Facebooknya pada Jumaat.

Pada Jumaat, Chang Kim dalam siaran di Facebook mendakwa bahawa Ka Siong menggunakan dana awam untuk perbelanjaan lawatan ke China.

Ka Siong berkata, beliau banyak menyertai pelbagai program dalam memainkan peranan menyokong Perdana Menteri.

“Saya percaya bahawa soal pengukuhan hubungan dua hala dengan China memerlukan langkah-langkah praktikal dan bukan sekadar cakap-cakap sahaja.

“Jika Chang Khim begitu mengambil berat tentang perbelanjaan perjalanan ini, beliau seharusnya mendapatkan pengesahan daripada rakan-rakan DAP atau meminta Jabatan Perdana Menteri menjelaskan perkara itu.

“Bukannya mengutuk pemimpin MCA secara membuta tuli dan tidak berasas,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!