Harap nasib rakyat Melaka terus dibela

Mazlan
Mazlan
A
A
A

MELAKA - Rakyat Melaka meletakkan harapan tinggi kepada Ketua Menteri baharu supaya membela nasib sekali gus meningkatkan taraf hidup mereka menerusi pembangunan ekonomi.

Rata-rata orang ramai yang ditemui menaruh harapan tinggi agar barisan kepimpinan baharu pentadbiran negeri menggunakan peluang sebaiknya untuk membuktikan kemampuan memimpin Melaka.

Pembantu dapur, Mohamad Aminurasyraf Anuar, 28, berharap siapa pun yang dipilih sebagai Ketua Menteri, individu itu perlu meneruskan agenda membantu rakyat seperti mana yang dilakukan oleh Ketua Menteri sebelum ini.

Menurutnya, ia termasuk melaksanakan tugas dengan baik agar golongan B40 terutamanya mendapat pembelaan sewajarnya ketika tampuk pentadbiran beliau.

"Dalam keadaan ekonomi semasa ramai rakyat terkesan dengan kos sara hidup tinggi.

"Harap golongan rakyat berpendapatan rendah tidak dipinggirkan dan terus mendapat perhatian," katanya.

Rozali Zakaria, 47, pula berharap nelayan sepertinya terus dibantu.

Rozali
Rozali

"Kerja kami kalau ada hasil tangkapan adalah wang, harap bantu rakyat yang susah," katanya.

Suri rumah, Azlin Othman berharap Ketua Menteri baharu dapat mengukuhkan lagi ekonomi Melaka tanpa perlu mengubah dasar yang telah difahami oleh rakyat.

“Jika semua sistem bertukar, kami akan pening dan keliru dengan pelaksanaan program di bawah pentadbiran kerajaan negeri.

"Mana yang baik diteruskan dan ditambah baik demi kebajikan rakyat, yang tak elok diperbaiki untuk rakyat Melaka," katanya yang menatap di Alor Gajah.

Pesara kerajaan, Mazlan Abdullah, 64, dari Ayer Molek Kuala Sungai Baru berkata, Ketua Menteri baharu perlu bekerja untuk rakyat dan melaksanakan tugas serta tanggungjawab dengan amanah.

"Walaupun terkejut dengan pertukaran ini namun kami terima dengan hati terbuka, bela rakyat dengan tanggungjawab," katanya.

Pengerusi Masjid An Nur Peringgit, Jalil Dolah,65, berkata, agenda membangunkan Melaka perlu diteruskan supaya negeri ini terus kekal maju ke hadapan.

Jalil
Jalil

"Tahniah kepada Ketua Menteri baharu, kemajuan Melaka perlu diteruskan supaya rakyat mendapat limpahan ekonomi," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Melaka bakal bertukar Ketua Menteri?

Ab Rauf minta sabar, tunggu pengumuman rasmi

Sulaiman letak jawatan Ketua Menteri Melaka

Tidak campur kemelut BN Melaka

Sulaiman letak jawatan: Seri Negeri jadi tumpuan media

Sulaiman hadir ke pejabat Ketua Menteri seperti biasa

Sulaiman tunjuk isyarat mohon maaf

Angkat sumpah Ketua Menteri Melaka Jumaat

Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu

Letak jawatan: Sulaiman perlu beri penjelasan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!