Geramm kritik pembantu khas MB guna kata kesat

Paparan Sinar Harian semalam.
Paparan Sinar Harian semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Gerakan Media Merdeka (Geramm) mengkritik kenyataan pembantu khas Menteri Besar Negeri Sembilan yang menggunakan kata-kata kesat terhadap wartawan Sinar Harian.

Aktivis Geramm, Radzi Razak berkata, seorang pegawai kepada menteri besar dan kerajaan negeri tidak sepatutnya menyuarakan perkara ini di media sosial kerana terdapat pelbagai cara lain untuk menyelesaikan sebarang masalah dan salah faham.

Katanya, kerajaan negeri boleh saja meminta penjelasan daripada editor dan wartawan terbabit secara profesional dan terbuka tanpa menggunakan kata-kata tidak manis.

“Perbuatan menembak wartawan (shooting the messenger) sepatutnya tidak dilakukan oleh kerajaan yang telah menyatakan komitmen untuk menyokong kebebasan media.

“Kami berharap agar pihak Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai pentadbir tertinggi kerajaan negeri dapat memastikan hubungan profesional dengan pengamal media dan wartawan Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.

Semalam, pembantu khas Menteri Besar Negeri Sembilan menulis status di akaun Facebooknya dengan menggunakan perkataan ‘bingai’ kepada wartawan Sinar Harian, malah turut menyalahkan editor akhbar tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Dasar pensijilan halal NS bersifat terbuka: Aminuddin

Isu ini timbul berikutan laporan berita oleh wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli berkenaan kenyataan bertulis menteri besar di Sidang DUN berkaitan pensijilan halal di Negeri Sembilan bersifat terbuka dan sukarela, malah pengusaha pasar raya juga bebas mendapatkan bekalan ayam mentah dari mana-mana rumah sembelihan sama ada yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal atau tidak.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!