NS sedia pertimbang skim bantuan bapa tunggal

Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon (PH-Bukit Kepayang) memberikan penjelasan berhubung skim bantuan bapa tunggal dalam Sidang DUN NS hari ini.
Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon (PH-Bukit Kepayang) memberikan penjelasan berhubung skim bantuan bapa tunggal dalam Sidang DUN NS hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan negeri menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia mempertimbangkan untuk menyediakan skim bantuan khusus untuk bapa tunggal sama seperti disediakan untuk ibu tunggal.

Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon(PH-Bukit Kepayang) berkata, buat masa ini tiada permintaan untuk menyediakan bantuan berkenaan.

"Sebenarnya tiada bantuan untuk bapa tunggal. Namun, kita akan pertimbangkan jika ada keperluan dan setakat ini kita tidak terima apa-apa permohonan.

"Jika ada, kita sedia untuk membantu. Tapi apa yang kita ada sekarang di bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) iaitu Papacare dan itu sebagai permulaan," katanya pada Sidang DUN Negeri Sembilan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan dikemukakan oleh Yap Yew Weng (PH-Mambau) berkenaan skim bantuan bapa tunggal.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!