Lelaki tabur paku di jalan raya sudah ditahan

Mohamad Roy dan laporan Sinar Harian.
Mohamad Roy dan laporan Sinar Harian.
A
A
A

BATU GAJAH - Pemandu kereta tular yang terlibat dalam kejadian menabur paku di atas jalan persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut dekat Pusing telah diberkas pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, penahanan lelaki berusia 45 tahun di Changkat Larang, Lahat sekitar jam 3 pagi itu dilakukan selepas lima jam video kejadian tular di media sosial.

"Suspek kini direman empat hari sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.

Video berdurasi 24 saat di Facebook itu memaparkan tindakan pemandu sebuah kereta menabur objek dipercayai paku di atas jalan raya.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata mengecam tindakan tersebut dan menggesa hukuman tegas dikenakan terhadap pesalah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!