Yakult anjur Bengkel Lompat Tali

Para peserta Bengkel Lompat Tali anjuran Yakult bersama Persatuan Lompat Tali Malaysia di Spacerubix, Puchong pada Sabtu. Foto Yakult Malaysia.
Para peserta Bengkel Lompat Tali anjuran Yakult bersama Persatuan Lompat Tali Malaysia di Spacerubix, Puchong pada Sabtu. Foto Yakult Malaysia.
A
A
A

PENGELUAR minuman probiotik terkemuka dunia, Yakult Malaysia Sdn Bhd memeriahkan Hari Kesihatan Sedunia apabila menganjurkan Bengkel Lompat Tali dengan kerjasama Persatuan Lompat Tali Malaysia.

Program itu berlangsung di Spacerubix, Puchong pada Sabtu sebelum dianjurkan di The TOP, Pulau Pinang pada Sabtu depan.

Bengkel itu bertujuan meningkatkan kesedaran kepentingan bersukan sempena Hari Kesihatan Sedunia yang akan disambut pada 7 April setiap tahun.

Pengarah Bersekutu Yakult Malaysia, Mazlyn Mena berkata, penganjuran Bengkel Lompat Tali itu selaras dengan falsafah korporat Yakult iaitu Perubatan Pencegahan di mana pencegahan lebih baik daripada merawat.

“Kesihatan usus yang baik juga dapat menjamin kesihatan yang berpanjangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru Yakult Malaysia sangat menyokong segala program dan aktiviti yang dapat membina kesihatan tubuh badan yang baik seperti bermain lompat tali selain mewujudkan persekitaran yang sihat di bulan Ramadan ini.

“Bengkel Lompat Tali adalah program yang julung kalinya diadakan bersama Persatuan Lompat Tali Malaysia dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia berkaitan penjagaan kesihatan melalui sukan lompat tali.

“Ia juga selaras dengan misi Yakult untuk menyokong segala program dan aktiviti yang dapat membina kesihatan tubuh badan yang baik menerusi penjagaan usus kerana 80 peratus sistem imun badan berpusat di usus.

“Kita boleh kuatkan usus dengan minuman probiotik seperti Yakult. Pada bulan Ramadan ini, kita juga boleh melakukan senaman ringan seperti lompat tali yang banyak memberikan faedah kepada kesihatan badan kita,” katanya.

Sebagai rekod, seramai 100 peserta menyertai bengkel ini serta cabaran lompat tali yang dibahagikan kepada beberapa kategori dengan pemenang mendapat hadiah istimewa dari Yakult Malaysia dan Persatuan Lompat Tali Malaysia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!