Tujuh premis pelacuran diserbu

Tujuh premis pelacuran diserbu dan ditutup DBKL dalam satu operasi bersama PDRM di Jalan Petaling.
Tujuh premis pelacuran diserbu dan ditutup DBKL dalam satu operasi bersama PDRM di Jalan Petaling.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tujuh premis pelacuran diserbu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Jabatan Penguatkuasaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jalan Petaling di sini.

DBKL memaklumkan, seramai enam wanita warga asing diberkas terdiri daripada empat Bangladesh dan masing-masing seorang dari Indonesia serta India disyaki pekerja serta pelayan seks dalam operasi berkenaan.

Menurutnya, polis turut menahan 16 lelaki dipercayai dua penjaga premis warga tempatan dan 14 warga asing disyaki pelanggan hadir ke premis pelacuran berkenaan semasa serbuan dijalankan untuk tindakan lanjut.

“Serbuan dijalankan dalam operasi Tindakan Khas Premis di beberapa lokasi tumpuan yang menjalankan aktiviti tidak bermoral dan mengenal pasti premis yang terlibat dengan aktiviti pelacuran wanita warga asing.

“Ketika serbuan, DBKL juga telah memecahkan 85 bilik yang dibina tanpa kelulusan dan membuat sitaan terhadap 212 barangan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pihak berkuasa tempatan (PBT) itu pada Sabtu.

Antara barangan disita termasuk kondom, minyak pelincir, tisu basah, kipas dinding, cctv dan lain-lain peralatan yang digunakan untuk aktiviti pelacuran.
Antara barangan disita termasuk kondom, minyak pelincir, tisu basah, kipas dinding, cctv dan lain-lain peralatan yang digunakan untuk aktiviti pelacuran.

PBT itu berkata, antara barangan yang disita termasuk kondom, minyak pelincir, tisu basah, kipas dinding, cctv (kamera litar tertutup) dan lain-lain peralatan yang digunakan untuk aktiviti pelacuran.

Sehubungan itu, DBKL menyita barangan berkenaan dan disimpan sementara di Stor Sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharja di sini, bagi tujuan dokumentasi sebelum tindakan lanjut diambil terhadap pemilik premis terbabit.

“Tujuh premis ini dikenakan tindakan penutupan serta-merta di bawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan tujuh notis kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 kerana melantik Pembantu dan Menjalankan apa-apa aktiviti perniagaan tanpa kebenaran/lesen pihak DBKL,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!