Devan gembira Jang ledak empat gol di Paroi

Pemain Negeri Sembilan, Mark Goulon (dua, kanan) meraikan jaringan golnya ketika menentang Kelantan FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Pemain Negeri Sembilan, Mark Goulon (dua, kanan) meraikan jaringan golnya ketika menentang Kelantan FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
A
A
A

KEJAYAAN memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri, selain setiap pemain dapat menyesuaikan diri rentak permainan membawa impak positif kepada Negeri Sembilan FC pada Sabtu.

Pengendali Negeri Sembilan, K Devan berkata, kemenangan besar empat gol ke atas Kelantan FC dalam aksi Liga Super menjadi perubahan besar buat pasukannya untuk meneruskan rentak kemenangan.

“Dalam keadaan padang basah, perlu beri penekanan kepada kawalan bola dan memang kita ada banyak peluang menjaringkan gol tapi ini adalah kali pertama kita menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan.

“Saya memang cukup berpuas hati dengan (corak) permainan ini walau pun saya rasa kita boleh tambah jaringan lagi, tetapi setakat ini dapat tiga mata dan ia baik untuk pasukan,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi itu, Negeri Sembilan meraih kemenangan kedua berturut-turut musim ini apabila mengalahkan pasukan tercorot, Kelantan FC, 4-2.

Kemenangan itu meletakkan skuad Rusa berada di tangga ketujuh liga selepas memungut lapan mata setakat ini.

Sementara itu, pengendali Kelantan FC, Choi Moon-sik yang akur dengan kekalahan tersebut mengakui pasukannya berdepan tekanan ketika bertemu pasukan tuan rumah.

“Betul perlawanan ini memberikan tekanan tapi kita perlu segera pulih dan meningkatkan motivasi pemain untuk perlawanan seterusnya,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!