Sultan Johor titah ketepikan sebarang perbezaan

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
A
A
A

JOHOR BAHRU - “Saya harap semua pihak dapat memberi kerjasama penuh agar pentadbiran dan pengurusan negeri Johor berjalan lancar,” titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Tuanku turut bertitah menyarankan sebarang perbezaan terutama membabitkan kerajaan Persekutuan dan Johor diketepikan demi kebaikan semua.

“Atas sebab itu juga, sekiranya ada sebarang perselisihan atau salah faham, terutamanya yang melibatkan hubungan antara kerajaan negeri Johor dan kerajaan Pusat, saya sarankan kita ketepikan sebarang perbezaan.

“Sebaliknya, eloklah berjumpa dan saling berbincang dengan matang demi kebaikan semua, khususnya rakyat. Bersama-samalah kita doakan kesejahteraan dan kemajuan negeri Johor,” titahnya seperti dipetik dari Facebook rasminya di sini hari ini.

Sultan Johor bertitah, Johor baru sahaja menyempurnakan pelantikan Menteri Besar dan barisan Exco.

“Saya harap selepas ini tumpuan akan diberikan kepada ikhtiar membangun dan memajukan Johor.

“Justeru, kepimpinan baharu harus bersatu hati dan melipat gandakan usaha agar kebajikan serta kepentingan rakyat Johor ditambah baik dan sentiasa terbela,” titahnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!