Rakyat susah, resah sehingga ada yang nak jual buah pinggang
KUALA LUMPUR - Selepas bertindak keluar Dewan Rakyat, Ahli Parlimen pembangkang kemudiannya mengadakan sidang media di Lobi Parlimen, menyatakan rasa tidak puas hati mereka.
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) menegaskan, soalan dibangkitkan beliau naik dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada Khamis lepas namun tidak sempat dijawab Menteri Kewangan.
Tegasnya, beliau masih menunggu jawapan bertulis dari Kementerian Kewangan berhubung isu tersebut yang dakwanya sehingga kini masih belum diterima.
“Sebab dalam soalan saya itu, kalau tidak dapat beri keizinan untuk pengeluaran bersasar, apakah cadangan lanjut daripada kerajaan untuk membantu kerajaan untuk bantu rakyat yang susah, yang resah?
“Bahkan, sampai ada yang jual buah pinggang, yang datang berjalan dari Johor ke Istana Negara pada hari ini.
“Ini bukan perkara main-main, perkara besar yang melibatkan kepentingan umum.
“Malangnya, Kementerian Kewangan sampai sekarang, tiada lagi jawapan yang munasabah yang boleh kami berikan kepada rakyat,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!