Tiga maut gempa bumi landa Papua New Guinea
SYDNEY - Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh selepas gempa bumi kuat magnitud 7.0 menggegarkan kawasan terpencil di barat laut Papua New Guinea pada awal pagi Isnin.
Pusat Bencana Negara berkata, puluhan buah rumah juga terjejas ketika pasukan penyelamat meneruskan usaha menilai kerosakan di kawasan yang sukar diakses.
Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa bumi berlaku pada kedalaman 62 kilometer (km) berhampiran Tasik Chambri di wilayah kurang diduduki penduduk di Wilayah Sepik Timur.
"Tasik Chambri sedang 'mendidih' dan gempa masih berlaku sehingga sekarang," kata ahli Parlimen di kawasan itu, Johnson Wapunai dalam satu mesej di media sosial beberapa jam selepas gempa bumi berlaku.
Penggubal undang-undang menggesa orang ramai supaya berwaspada terhadap objek atau pokok yang tumbang selain aktiviti seismik seterusnya.
Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!