Finland jadi negara anggota ke-31 NATO
BRUSSELS - Bendera Finland akan dikibarkan di luar ibu pejabat Pertubuhan Perjanjian Atlantik (NATO) pada Selasa selepas negara itu menjadi anggota baharu perikatan Barat yang diketuai Amerika Syarikat (AS).
"Esok kami akan mengalu-alukan Finland sebagai anggota ke-31 NATO," kata Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg kepada pemberita sebelum mesyuarat bersejarah menteri luar NATO di Brussels.
Pencerobohan Rusia terhadap Ukraine pada tahun lalu telah menjejaskan keselamatan Eropah dan mendorong Finland dan Sweden untuk menyertai pakatan pertahanan itu.
Bantahan dari Turkiye dan Hungary menjejaskan negara Nordic itu selama berbulan-bulan sebelum Parlimen di Ankara meluluskan penyertaan Finland ke dalam NATO.
Menteri Luar Finland akan menyerahkan kertas penyertaan rasmi kepada Setiausaha Negara AS, Anthony Blinken selaku penjaga perjanjian pengasas NATO dan bendera biru putih akan dikibarkan bersebelahan bendera negara anggota lain.
Presiden Finland, Sauli Niinisto dijangka berucap pada majlis tersebut. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!